Halaman

Jumaat, 16 Mei 2014

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens

1920 – 1976

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Stephens memainkan peranan penting dalam urusan kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 1963. Beliau memegang jawatan Ketua Menteri sebanyak dua kali iaitu 1963-1964 dan 1976. Ketika memegang jawatan sebagai Ketua Menteri bagi kali kedua itulah, beliau terlibat dalam tragedy malang apabila kapal terbang yang dinaikinya ketika lawatan ke kawasan terhempas dan mengorbankan beliau dengan beberapa orang Menteri Sabah.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1920, berdarah kacukan kadazan British(sebelah bapa) dan Jepun-British(sebelah ibu) mendapat pendidikan awal di Sekolah Lelaki St.Mary Sandakan. Seorang yang aktif dan cepat mesra dengan rakan sejak zaman persekolahan. Tun merupakan penulis yang memperjuangkan masyarakat setempatnya dan tidak pernah jemu membantu orang kampung. Beliau melihat seluruh masyarakat peribumi Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya. Melalui tulisan dalam ‘North Borneo’ beliau telah membongkar kepincangan pentadbiran British di Sabah dan dasar dasar yang dianggap menindas masyarakat peribumi.

Pada tahun 1953, beliau menubuhkan akhbar sendiri iaitu The Sabah Times dan sejak itu beliau menjadikan akhbarnya sebagai wasilah perjuangan bagi menyedarkan masyarakat anak bangsanya. Ini menyebabkan hubungan beliau dengan masyarakat, rakyat dan golongan kelas atasan bertambah erat. Beliau juga turut memuatkan pelbagai rencana mengenai kebudayaan kehidupan masyarakat Kadazan yang antara lain menceritakan tentang tradisi, kebudayaan dan juga penindasan yang dialami di negeri sendiri.

Beliau menjalin hubungan yang erat dengan Tunku abdul Rahman dan beliau juga yang mengistiharkan Hari Malaysia sebaik sahaja Perjanjian Malaysia dimeterai di Kota Kinabalu. Jasa dan sumbangan beliau dalam menjalinkan hubungan baik dengan pemimpin semenanjung memang cukup besar.

Pda 1964, beliau merupakan Menteri Sabah yang pertama dilantik menganggotai cabinet Persekutuan Tanah Melayu mengantikan Peter Lo Sui Yin dari Parti Sabah Chinese Association. Beliau menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan kebajikan Negeri Sabah. Pada tahun 1973 beliau dilantik ke jawatan tertinggi Sabah sebagai Gabenor(kini dikenali sebagai Yang Di Pertua Negeri) sehingga tahun 1975.

Dalam pilihanraya negeri pada tahun 1976, parti BERJAYA berjaya membentuk kerajaan mengantikan USNO. Tun Muhammad Fuad Stephens menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali kedua, beliau maut, 44 hari selepas pelantikannya, peristiwa kapal terbang yang membawa beliau terhempas. Ini menamatkan sumbangan anak jati Sabah terhadap bumi tercinta. Sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang kewartawanan, Institut Akhbar Malaysia telah menganugerahkan Tun Mohd Fuad Stephens “Tokoh Wartawan Negara” pada 26 Oktober 1998 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...